Artikel

MOF: Kajian NCD Kenderaan Sedang Dilaksanakan

Sebuah kajian untuk meneliti Diskaun Tanpa Tuntutan (No-Claims-Discount, atau NCD) sedang berlansung.

Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) petang Isnin. 

Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama dengan syarikat insurans dan takaful untuk meneliti bagaimana sistem NCD boleh diperbaiki.

Menurut MOF, ini merupakan salah sebuah fasa Liberalisasi Tarif Motor dan Tarif Kebakaran yang seterusnya.

Kajian ini dijangka akan selesai pada separuh kedua tahun 2020.

MOF berkata kajian ini dijalankan adalah untuk memastikan usaha pembaharuan untuk mempertingkatkan kemampanan industri insurans akan terus tercapai.

MOF tidak menjelaskan bagaimana ini akan impak pengguna.

Mekanisma NCD sekarang ini membolehkan pengguna untuk mendapat diskaun yang meningkat tahun demi tahun, sekiranya pengguna tersebut tidak terlibat dalam apa-apa kemalangan jalan raya.

Tujuan NCD diwujudkan adalah untuk memastikan pengguna terus berhemat dan menggalakkan tingkah laku baik di atas jalan raya.

Namun demikian, dalam Pelan Kementerian Pengangkutan 2014-2020, sasaran untuk mengurangkan jumlah kemalangan jiwa dan kemalangan serius sebanyak 50% menjelang tahun 2020 tidak pasti dicapai.

Oleh itu, kajian semula NCD yang akan berlansung ini akan memastikan bahawa objektif utama untuk memastikan keselamatan jalan raya dapat dicapai, dengan mengurangkan impak harga kepada pengguna.

Kenyataan MOF tidak menjelaskan bagaimana isu ini boleh dicapai melalui kajian baharu ini.

Kenyataan MOF juga tidak menjelaskan bagaimana pelan liberalisasi ini boleh mengurangkan kemalangan jiwa.

Namun demikian, MOF menyatakan bahawa fasa liberalisasi ini, yang bermula pada Julai 2016 menyasarkan dua perubahan ketara.

Perubahan-perubahan ini adalah untuk memastikan operator insurans dan takaful boleh berikan produk motor dan produk tambahan yang sebelum ini tidak terkandung dalam sistem tarif, serta memastikan terdapat ruang fleksibel dalam menentukan harga premium bagi insurans kenderaan yang komprehensif.