Syarikat tempatan OldTown Sdn Bhd menyangkal tuduhan bahawa mereka telah menipu pihak berkuasa di China.
Tuduhan yang dilemparkan ke atas OldTown adalah mereka telah melakukan penipuan kontrak di negara itu.
OldTown bagaimanapun tidak mengesahkan kepada media bahawa mereka sedang disiasat oleh kerajaan China berkenaan dengan tuduhan ini.
“OldTown White Coffee sebulat suara menolak kesemua tuduhan oleh Jiangsu G&L Food & Beverage Management Co Ltd, bahawa kami telah menipu mereka dalam isu penipuan kontrak. Kami juga menolak dakwaan bahawa restoran kami di China telah ditutup akibat dakwaan ini. Isu ini hanya tertumpu kepada salah faham kontrak di antara kedua pihak sahaja,” kata OldTown melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan mereka, dan diedarkan oleh media pada pagi Isnin.
Perkara ini timbul susulan dakwaan yang dilemparkan oleh Jiangsu terhadap OldTown.