Artikel

EasyParcel Raih Peningkatan Pembiayaan Pada Siri B Dengan Jumlah RM43.5 Juta

EasyParcel Sdn Bhd baru sahaja mengumumkan peningkatan pada pembiayaan siri B mereka dengan jumlah RM43.5 juta (AS$ 10.6 juta). Peningkatan bagi siri ini menunjukkan hasil sokongan pembiayaan pelaburan daripada Gobi Ventures dan Air Asia,Teleport.

Wujudnya platform pembiayaan Siri B ini dapat mengembangkan perkhidmatan penghantaran seperti EasyParcel ini pada potensi perniagaan.

Majoriti pungutan dana ini akan digunakan untuk meningkatkan kemahiran operasi dan menarik lebih ramai pelanggan. Selain itu, ia juga akan memperluaskan pasarannya dengan tidak hanya teteumpu pada pasaran e-dagang. Malah pasaran yang lebih besar mula menjadi tumpuan dengan perniagaan tradisional, seperti perushaan kecil dan sederhana (PKS). Seterusnya, peningkatan ini turut akan mengubah platform logistik dan e-dagang terutama pada pada pasaran global.