Artikel

Dagang henti 4.45pm, masalah teknikal di Bursa?

Khamis lalu, kemusykilan timbul apabila perdagangan di Bursa Malaysia terhenti secara tiba-tiba pada jam 4.45 petang.

Secara lazimnya, aktiviti jual-beli saham seharusnya henti pada jam 5.00 petang seperti biasa.

Bursa tidak memberikan apa-apa alasan kukuh untuk menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku, melainkan menyatakan bahawa ‘kami (Bursa) akan memberitahu pihak-pihak yang tertentu (tentang apa yang telah berlaku) sebaik sahaja kami mengetahui apa sebab yang telah berlaku’.

Pada Jumaat, aktiviti jual-beli telah kembali berterusan seperti biasa pada jam 9.00 pagi.

Dalam satu kenyataan, Bursa menyatakan bahawa terdapat satu isu teknikal yang menyebabkan perdagangan henti mengejut.

CEO Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift memohon maaf kepada awam tentang isu ini.

Sebelum ini, pada 23 Ogos 2019, sistem input harga FBM KLCI mengalami gangguan teknikal selama lebih satu jam.

Isu teknikal di Bursa selama dua kali pada tahun ini memburukkan lagi keadaan di mana ramai pelabur sudahpun meninggalkan perdagangan mereka di Bursa Malaysia.

FBM KLCI susut 4.8% tahun ini, menjadikan prestasi Bursa Malaysia antara terburuk di rantau ini.