Duopharma Biotech Bhd dan KPJ Healthcare Berhad temeterai perjanjian memorandum persefahaman antara syarikat.
Jalinan ini akan membolehkan kedua-dua pihak itu bekerjasama menerokai inisiatif mempromosikan produk farmaseutikal halal.
Menerusi peruntukkan ini, fokus Duopharma Biotech Bhd adalah untuk meneraju pembangunan dan menawarkan terapi perubatan baharu bagi penambahbaikan sektor kesihatan awam.
Seterusnya, lebih RM300 juta telah diperuntukkan oleh Duopharma Biotech Bhd bagi pelaksanaan operasinya sepanjang tahun 2019 ini.
Usaha ini dilihat adalah antara inisiatif pihak untuk mengembangkan pasaran syarikat pada sektor luar dan dalam negara.
Menurut Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech – pihaknya menyasarkan jumlah eksport syarikat ini bakal meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun 2020.
Berbanding tahun ini yang sekadar memungut catatan sebanyak 8 peratus sahaja.
Leonard Ariff turut bekongsikan perkembangan lain, di mana pembinaan kilang baharu Duopharma Biotech Bhd di Lembah Klang dijangka siap akhir tahun 2020 ini.
Operasi kilang ini dijangka mampu meningkatkan 50 peratus kapasiti pengeluaran syarikat.