Artikel

Valuecap Jual VCAM Dan i-VCAP?

Valuecap Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa mereka akan akhiri pembabitan mereka dalam perniagaan pengurusan aset.

Syarikat ini memiliki dua anak syarikat milik penuh yang mempunyai lesen pengurusan aset, VCAP Asset Managers Sdn Bhd (VCAM) dan i-VCAP Management Sdn Bhd (i-VCAP).

Valuecap kini berunding dengan pihak-pihak tertentu untuk menjual sama ada VCAM dan i-VCAP ataupun menutup terus anak-anak syarikat berkenaan.

Pihaknya juga mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikatnya itu akan menghentikan dana borong mereka.

Disebabkan i-VCAP turut mengendalikan dana ETF, syarikat ini sedang meneroka beberapa cadangan untuk menguruskan isu ETF ini.

Valuecap turut mengingatkan awam bahawa kesemua keputusan syarikatnya tertakluk kepada kelulusan badan penguatkuasa negara.