Artikel

MAA: Jualan Kenderaan Komersial Susut 18% Bagi Tempoh Jan-Nov 2019

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa jualan kenderaan automotif susut sebanyak 18.6 peratus, bagi tempoh Januari hingga November 2019, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Untuk tempoh Januari hingga November 2019, sebanyak 48,584 buah kenderaan komersial berjaya dijual.

Sebagai perbandingan, jualan kenderaan automotif untuk Januari hingga November 2018 adalah 59,739 buah kenderaan.

Bagi kenderaan persendirian pula, peningkatan sebanyak 2.1 peratus telah dicatat untuk tempoh yang sama.

Sebanyak 500,861 buah kenderaan persendirian berjaya dijual untuk tempoh Januari hingga November 2019, berbanding 490,671 buah kenderaan persendirian bagi tempoh yang sama.

Untuk tahun 2018, MAA melaporkan bahawa ramai pembeli kenderaan persendirian cuba mengambil kesempatan terhadap kadar sifar GST susulan kerajaan menghentikan cukai GST lewat tahun lepas.

Menurut penganalisis, dari segi pembelian kenderaan persendirian, peningkatan sebanyak 2 peratus tahun demi tahun adalah satu peningkatan yang agak memberangsangkan kerana pembelian kenderaan persendirian ini tetap berlaku, walaupun kadar sifar GST tidak lagi dikenakan bagi tahun 2019.

Pandangan unjuran tahun 2019 juga menggambarkan suatu situasi memberangsangkan, kata MAA.

“Jualan untuk bulan Disember 2019 dijangka akan kekal pada paras November 2019,” kata MAA.

“Dengan adanya promosi jualan akhir-tahun yang agresif dari syarikat pengeluar kenderaan, ini akan memberikan angka jualan bagi bulan Disember akan kekal pada paras November 2019,” tambah MAA lagi.