Artikel

OIC Kritik Sidang Kemuncak KL

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada hari Rabu telah mengkritik Sidang Kemuncak KL dengan mengatakan perhimpunan ini akan melemahkan Islam.

Arab Saudi tidak menghadiri sidang kemuncak itu.

Pemimpin negara-negara Islam, termasuk pesaing Arab Saudi – Iran, Turki dan Qatar, menghadiri sidang kemuncak hari ini di Kuala Lumpur.

Penganalisis berkata Sidang Kemuncak KL bertujuan menandingi kewujudan OIC, sebuah badan Islam yang beranggotakan 57 anggota yang beribu pejabat di bandar Jeddah di Arab Saudi.

Perdana Menteri Mahathir Mohamad menolak keprihatinan mereka dalam panggilan telefon hari Selasa dengan Raja Salman, Arab Saudi, yang menegaskan bahawa sidang kemuncak itu tidak bertujuan untuk mewujudkan satu blok baru.

Tetapi Setiausaha Agung OIC, Yousef al-Othaimeen berkata perhimpunan itu akan membahagikan umat Islam.

“Negara-negara Islam yang mengadakan mesyuarat di luar kerangka OIC tidak mengutarakan kepentingan Islam, terutamanya pada masa ini ketika dunia menyaksikan pelbagai konflik,” kata Othaimeen kepada Sky News Arabia, tanpa menyebut nama Malaysia secara langsung.

Beliau menambah bahawa “segala usaha untuk melemahkan OIC, segali gus melemahkan Islam dan umat Islam.”

Pegawai-pegawai Malaysia berkata Raja Salman telah dijemput ke Sidang Kemuncak Kuala Lumpur tetapi tidak hadir.

Menerusi panggilan telefonnya dengan Tun Mahathir, Raja Salman menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan dunia Islam harus disalurkan menerusi OIC “untuk mencapai perpaduan”, kata agensi Agensi Arab rasmi.

Dalam satu tanda bahawa Riyadh tidak senang dengan Sidang Kemuncak KL, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan membatalkan kehadirannya selepas lawatan baru-baru ini ke Arab Saudi, dilaporkan untuk meredakan kebimbangan sekutunya.

Dengan presiden pesaing utama Iran dan emir Qatar – di bawah blokade yang diketuai Riyadh dua tahun – hadir, terdapat spekulasi forum itu boleh digunakan untuk mengatasi pengaruh Saudi.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, yang hubungannya dengan Riyadh bertambah buruk berikutan pembunuhan wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi di Istanbul, juga menghadiri Sidang Kemuncak KL.

Dalam ulasan untuk Institut Timur Tengah, penganalisis Giorgio Cafiero dan Khalid al-Jaber berkata beberapa negara majoriti Muslim tidak selesa dengan Arab Saudi kerana kenaikan mendadak Putera Mahkota Mohammed bin Salman, atau lebih dikenali sabagai MBS.

Sidang Kemuncak KL boleh “menjadi alternatif kepada OIC, yang berada di bawah kepemimpinan Arab Saudi,” kata mereka. – AFP