GoPayz, pekhidmatan dompet digital U Mobile telah melancarkan kerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor bagi kemudahan ciri membayar zakat kepada pengguna.
Sasaran kerjasama ini untuk pengguna Selangor dan pengguna yang menetap di Selangor.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan U Mobile, Wong Heang Tuck – menerusi kerjasama ini dia melihat fokus U Mobile tidak hanya tertumpu kepada aplikasi mereka sahaja. Namun, mereka ingin mengfokuskan penggunaan perkhidmatan kewangan digital dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna aktif mereka.
Tuck turut berbesar hati akan penerimaan pihak Lembaga Zakat Selangor kerana menjadikan mereka dompet digital pertama di Malaysia sebagai ejen rasmi pengutipan zakat.
Inisiatif ini secara tidak langsung, memberi kemudahan kepada pengguna U Mobile, khususnya yang beragama Islam untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan membayar zakat tahunan, tidak kira di mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Menurutnya lagi, kerjasama ini masih lagi berada di fasa pertama, dan pelbagai perkhidmatan Islam yang lain akan menyusul untuk kegunaan pengguna.
GoPayz turut menyatakan hasrat mereka untuk terus komited bagi meluaskan ciri aplikasi dompet digital dan ingin memberi akses tanpa had kepada semua pengguna di masa hadapan kelak.