Untuk makluman pengguna, dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Dana ini hanya layak untuk Bumiputera Malaysia sahaja.
Objektif dana ini adalah bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang, konsisten dan kompetitif kepada Pemegang Unit sambil memastikan pemeliharaan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.
ASB adalah dana ekuiti pendapatan dengan harga tetap seunit pada RM1.00. Ia juga merupakan dana jaminan modal. Pelaburan maksimum bagi setiap individu layak dewasa adalah terhad kepada RM200,000. Sejak dilancarkan pada tahun 1990, ASB merupakan salah satu daripada dana terbaik dalam pengurusan PNB.
Jadual di bawah adalah kadar dividen sejarah sejak dana dilancarkan pada tahun 1990: