Pandangan bagi sektor gas & minyak bagi tempoh 2020 hingga 2022 adalah baik, menurut pusat penyelidikan Maybank IB.
Melalui sebuah Nota Pelaburan yang diterbitkan oleh Maybank IB pada Rabu, pandangan positif yang mereka berikan kepada sektor ini tidak berubah dari sebelum ini.
Pandangan positif ini diberikan susulan laporan Pandangan Aktiviti Petronas (PAO) edisi ketiga yang dikeluarkan oleh syarikat minyak terbesar negara – Petronas – pada awal minggu ini.
Menurut PAO, walaupun terdapat beberapa elemen yang kurang memberangsangkan, secara keseluruhannya, sektor ini mendapat penafaran baik kerana beberapa perkara.
Antara perkara positif yang negara boleh nikmati adalah kerana syarikat-syarikat seperti MMHE, Velesto, MISC-Yinson, dan syarikat untuk sub-sektor OSV seperti Alam and Icom akan terus beransur pulih dari sebelum ini.
Aktiviti offshore fabrication, terutamanya diklasifikasikan sebagai bawah satu tan metrik.
Sebahagian segmen pembikinan offshore fabrication akan meningkat bagi menampung keperluan industri ini.
Maybank IB mendapat edisi ketiga PAO mengandungi beberapa kandungan yang menarik. Antaranya ia mengandungi pandangan tentang pelaburan baharu, maklumat tentang penutupan fasiliti & telaga minyak, serta maklumat berkenaan dengan proses pemulihan operasi kilang-kilang pembuatan minyak.
Maybank IB berpendapat bahawa antara syarikat yang bakal mendapat perniagaan yang menguntungkan bagi tempoh 2020 hingga 2022 adalah syarikat-syarikat seperti MMHE.
Ini disebabkan oleh MMHE dijadualkan untuk mendapat order baharu untuk terus menampung keperluan pertumbuhan sektor ini.