Artikel

Pembangunan Bandar Malaysia Kini Diteruskan Semula

Tindakan membangunkan semula projek Bandar Malaysia ini adalah sebahagian besarnya hasil usaha YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Keyakinan IWH-CREC untuk melabur semula pada projek ini jdilihat sebagai hasil kejayaan usaha Kerajaan untuk mengasingkan dan merasionalisasi daripada dicemari skandal korupsi 1MDB.

Sebelum ini, Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) pula telah memenangi tender bagi membangunkan Bandar Malaysia pada tahun 2015. Berkeluasan sebanyak 486 ekar, ia merupakan plot pembangunan terbesar dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Namun, pada Mei 2017, perjanjian ini telah dibatalkan oleh pentadbiran terdahulu kerana skandal 1MDB mulai terbongkar. Oleh itu, kerajaan hari ini telah meneruskan semula perjanjian tersebut setelah usaha penyah-toksikan dilakukan. 

Perihal ini bagi membuktikan ia masih berupaya menjana manfaat ekonomi terhadap pembangunan dalam bandar Malaysia. 

Susulan temerai Perjanjian Rangka Kerja pada 25 April 2019 lalu di China, Majlis Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Bandar Malaysia bawah Kementerian Kewangan untuk merunding semula terma-terma baharu yang lebih baik bagi memastikan projek ini benar-benar manfaatkan negara dan rakyat Malaysia. 

Berbanding perjanjian asal, kerajaan hari ini memiliki terma-terma perjanjian baharu  yang ditambah baik seperti berikut: 

Catatan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM140 bilion, Bandar Malaysia merupakan pembangunan guna campur yang berorientasikan transit di Kuala Lumpur.

Ia akan membawa nilai ekonomi yang ketara dan penciptaan ribuan peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor pembinaan, pengetahuan, keusahawanan dan teknologi. 

Kerajaan turut menjangkakan pelbagai tarikan dapat dipelopori setelah Bandar Malaysia ini siap dibangunkan. Antaranya seperti syarikat multinasional utama (MNC), Alibaba, Huawei dan Fortune 500, telahpun menyatakan hasrat untuk membuka hab di Bandar Malaysia.

Perihal ini sejajar dengan polisi Kerajaan untuk menarik MNC ke dalam Malaysia untuk melabur dalam sektor berteknologi tinggi dan bernilai  tinggi, bagi meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing Malaysia dalam suasana global yang mencabar.