Menurut Menteri Kewangan – Lim Guan Eng, kerajaan semalam telah mengumumkan bahawa pelaksanaan pengecualian cukai akan diberikan kepada syarikat media bagi membantu pihak mereka mengekang pemberhentian pekerja.
“Kami akan memberi mereka pengecualian cukai, tetapi kami mahu mereka memberikan jaminan bahawa mereka akan mengambil setiap langkah yang mungkin untuk tidak melepaskan pekerja,”
Ini adalah kenyataan Guan Eng berikutan krisis yang sedang berlaku pada ketika ini telah mempengaruhi industri media negara.
Di mana beberapa syarikat terpaksa menutup operasi mereka dengan menamatkan perkhidmatan kakitangan.
Dia juga turut menambah bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam mana-mana operasi syarikat media. Inisiatif ini diambil bagi memberikan alternatif kepada syarikat media untuk terus kekal pada industri.
Berita baik ini menyusul setelah isu pemberhentian pekerja Media Prima Bhd yang melibatkan kira-kira 543 kakitangan dari New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro diperkatakan.
Manakala 9 Oktober lalu, Utusan Malaysia dan Kosmo ! terpaksa menghentikan operasi dan menamatkan perkhidmatan lebih daripada 800 kakitangan mereka.