Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Operasi Jiangsu G&L Food and Beverage Management Ltd, Tao Yu Chen mengatakan Oldtown Bhd kini berada di bawah siasatan jenayah oleh Biro Keselamatan Awam China.
Syarikat disyaki melaksanakan penipuan kontrak. Di mana, Ai Chang Investment Ltd mengesahkan mereka adalah pemilik sebenar jenama tersebut.
Untuk makluman pembaca, bermula Mei 2016 – G&L telah diberikan hak untuk mengendalikan OldTown White Coffee di wilayah Jiangsu. Mereka masih mengekalkan tanda dagangan “OldTown” bagi membangunkannya sebagai perniagaan francais oleh Shenzhen Kopitiam Asia Pacific Ltd (SZKAP).
Namun, pihak Ai Chang telah melaporkan kes ini kepada pentadbiran tempatan bahagian Industri dan Perdagangan China.
Rentetan isu ini, G&L terpaksa menutup kesemua cawangan OldTown White Coffee mereka, dan perkara itu telah merugikan pihak mereka.
G&L juga mengatakan hak cawangan tersebut tidak hanya diberikan kepada mereka sahaja, namun turut diberikan kepada Xiamen Kuaike Investment Management Co Ltd, iaitu satu lagi syarikat China di FuJian pada bulan Mac 2017.
Turut difahamkan, saham para pengendali Oldtown Bhd telah disingkirkan dari Bursa Malaysia pada 4 April 2018. Penyingkiran ini berlaku setelah 7 tahun penglibatan syarikat pada bursa saham.