Artikel

Komplikasi AS-China, Beri Kelebihan Pada Peningkatan Permintaan Minyak Sawit

Pergolakan tarif antara Amerika Syarikat dan China adalah faktor luar yang meningkatkan permintaan minyak sawit tempatan. Kesan ini dilihat positif kepada pertumbuhan industri negara.

Malah ia juga secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada peningkatan nilai niaga minyak sawit mentah pada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun sejak Februari 2017.

Menurut Pakar Ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif, faktor dalaman turut memainkan peranan dengan membantu pertumbuhan menjadi lebih positif pada sektor kelapa sawit.

Razman turut menjangkakan peningkatan nilai tersebut akan berterusan kekal hingga ke tahun hadapan. Perihal ini disokong dengan adanya pertambahan penggunaan minyak sawit sebagai bahan api biodiesel di Malaysia dan Indonesia.