Maybank telah memperkenalkan Kad Platinum American Express baharu.
Kad ini telah dilancarkan pada acara eksklusif di St Regis Kuala Lumpur. Di mana 50 ahli Kad Platinum American Express yang pertama di Malaysia telah diperlihatkan dengan reka bentuk jenama tahan karat yang baharu.
Seterusnya ia turut hadir dengan reka bentuk berkonsepkan kemewahan. Fokus konsep kad ini adalah kepada pelancong global, yang mencari akses eksklusif dan pengalaman yang lebih unik.
Dato’ John Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank berpendapat Kad Platinum American Express ini adalah salah satu daripada kad yang paling berprestij yang dilancarkan di Malaysia tahun ini, dan Maybank bangga membawanya ke pasaran.
Inisiatif ini dapat meningkatkan lagi pengalaman pelanggan Maybank. American Express Platinum Card dilihat telah bersedia untuk merangsang pelanggan utama.
Antara tumpuan yang terdapat pada kad ini:
- Peroleh 5x mata keahlian bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam negara atau luar negara. Mata Ganjaran Keahlian tidak akan tamat tempoh – memberi kelonggaran.
- Tawaran sebanyak 300,000 mata keahlian apabila pelanggan mendaftar dan menghabiskan RM20,000 dalam tempoh 90 hari daripada Kad Platinum American Express, bersamaan dengan pulangan tiket Kelas Ekonomi dari Kuala Lumpur ke Tokyo.
- Setiap ahli boleh mengakses lebih 1,200 ruang istirahat di lebih daripada 500 lapangan terbang, termasuk Lounge Centurion eksklusif oleh American Express, Lounge Priority PassTM dan Plaza Premium First di Malaysia
- Ahli juga berpeluang menikmati peningkatan percuma ke Hotel Elite Tiers: status Honor Gold Hilton, Radisson Rewards, Gold dan Shangri-La Golden Circle Jade.
B. Ravintharan, Ketua Kad Maybank, mengatakan rata-rata, 36% daripada jumlah bil pengguna adalah dari luar negara. Ini menunjukkan bahawa ahli kad mereka jelas menghargai manfaat perjalanan dan gaya hidup yang diberikan kepada mereka.
Menerusi pelancaran ini, Maybank menyasarkan untuk mempertingkatkan jumlah rakyat Malaysia yang membawa Kad Platinum American Express sebanyak 30% pada tahun hadapan dan berharap dapat menjadikannya sebagai kad perjalanan utama untuk pasaran tempatan.
Maybank adalah pengeluar kad kredit terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 14 juta kredit, caj dan kad debit dalam edaran sehingga Oktober 2019. Ia menguasai lebih daripada 30% bahagian pasaran untuk pengebilan di negara ini dan terus mencatat pertumbuhan 13% tahun-ke-tahun bagi suku ketiga tahun 2019.