Pada 1 November lalu, Media Prima Berhad (MPB) telah mengumumkan pelaksanaan perberhentian pekerja.
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) mengesahkan seramai 543 pekerja dari kumpulan NSTP terbabit dalam pemberhentian tersebut.
Pemberhentian ini terdiri dari kakitangan New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.
NUJ turut mengatakan bahawa tempoh perkhidmatan 543 pekerja ini bakal berakhir pada 12 Mac 2020 kelak.
Surat pemberhentian kepada kakitangan Media Prima dan NSTP yang terbabit akan diserahkan oleh pihak pengurusan kepada mereka yang terlibat pada hari ini.
Sebelum ini, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui syarikat beliau iaitu Aurora Mulia Sdn Bhd, telah membeli lebih dari 30 peratus saham Media Prima.
Susulan pembelian ini, Media Prima melantik dua pengarah baharu ke dalam barisan lembaga pengarah syarikat itu.