Artikel

Bangkok Bank Peroleh Pegangan Saham Bernilai RM11 Bilion Pada Permata Bank, Standard Chartered Indonesia

Bangkok Bank Thailand mengumumkan akan membeli saham majoriti bernilai RM11 bilion (AS$ 2.7 bilion) daripada Permata Bank, Standard Chartered Indonesia. 

Menurut Pengarah Eksekutif Bangkok Bank, Charamporn Jotikasthira – Indonesia merupakan tumpuan utama dalam perancangan mereka bagi peningkatan pertumbuhan kerana ia dilihat sebagai demografi yang menguntungkan.

Mereka turut berpendapat langkah ini adalah penyelesaian menang-menang untuk kedua-dua pihak.

Bangkok Bank akan memperolehi 89.12 peratus kepentingan dalam Permata.

Urus niaga ini dijangka tutup pada 2020, selepas itu pihak mereka merancang untuk memperoleh baki 10.88 peratus.

Ini akan membawa jumlah nilai kepada AS$ 2.9 bilion untuk 100 peratus pegangan.

Untuk makluman pembaca – pemegang saham utama Permata ialah Standard Chartered dan konglomerat Indonesia, PT Astra, mereka merupakan bank ke-12 terbesar di Indonesia dan mempunyai lebih daripada tiga juta pelanggan.

Angka ini secara tidak langsung menunjukkan potensi yang besar pada Permata.

Menerusi pengambilalihan ini, Bangkok Bank juga telah bersaing dengan Sumitomo Mitsui Financial Group Jepun untuk memperoleh kepentingan majoriti pada Permata. – AFP