Artikel

Terjatuhnya Deutsche Bank (DB) Dari Persada Dunia

Ini merupakan era yang agak unik bagi bank komersial terbesar Jerman, Deutsche Bank (DB).

Pada ketika dahulu, DB merupakan antara syarikat terbesar di Jerman. Tetapi disebabkan pentadbiran yang kurang memuaskan, serta persekitaran ekonomi yang agak mencabar, ini telah memaksa DB untuk terus berundur dari medan kewangan, dan menstruktur semula pelan mereka untuk jangka masa terdekat.

Penstrukturan semula DB akan menelan belanja lebih RM35 bilion (€7.4 bilion) menjelang 2022.

Antara aktiviti yang akan terlansung dalam penstrukturan semula ini termasuk pembuangan tenaga kerja sebanyak 18,000 ribu orang, atau satu per lima tenaga kerja sedia ada. Pengurangan pekerjaan sebanyak 74,000 orang, selama tempoh tiga tahun menjelang 2022, dari angka 91,500 orang, akan melibatkan tenaga kerja DB di serata dunia, termasuk mereka di Malaysia.

Bank ini masih belum pulih dari krisis kewangan lebih sedekad lalu. Sejak dari itu, ia telah bergelut untuk tawan pasaran, di dalam persekitaran yang sangat mencabar dan di mana pesaing juga memberi cabaran yang hebat.

Pengawal selia industri, termasuk bank negara di Eropah dan di dalam Jerman sendiri juga telah memaksa DB untuk perketatkan modal kapital bank itu secara mendadak, sekali gus menidakkan mereka untuk menggunakan wang tersedia untuk tujuan pembiayaan.

DB dijangka akan rugi sebanyak RM11 bilion (€2.8 bilion) untuk suku kedua tahun ini. Unjuran tahunan telah meletakkan DB mengalami kerugian sehingga lebih RM40 bilion (€12 bilion).