Artikel

TH Akan Beralih Kepada Konsep Simpanan Wakalah, Bermula 31 Disember Ini

Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini telah mengumumkan peralihan kepada kontrak penjimatan. Kontrak ini menggunakan konsep Wakalah – dengan memberikan nilai tambah dan faedah kepada para pendeposit tanpa menjejaskan mana-mana kemudahan serta manfaat pemegang akaun yang sedia ada.

Turut difahamkan peralihan ini akan berkuatkuasa bermula 31 Disember 2019.

Menurut kenyataan TH, peralihan ini bertujuan untuk menggantikan kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah yang digunakan sebelum ini.

Di bawah penggunaan kontrak baharu ini, TH selaku wakil akan menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi pengurusn haji. Keuntungan yang dijana bagiĀ  setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH.

TH juga turut menekankan, ini adalah antara inisiatif mereka dalam memperbaiki perkhidmatan dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan semula untuk manfaat para pendeposit.

Proses peralihan ini tidak akan mengganggu maklumat pendeposit, mereka boleh menjalankan urusan seperti biasa pada mana-mana cawangan TH diseluruh negara.

Sekiranya para pendeposit masih mengekalkan deposit mereka dengan TH selepas tarikh 31 Disember. Secara tidak langsung TH menganggap para pendeposit bersetuju dengan tindakan peralihan kepada kontrak penjimatan Wakalah.