Artikel

Perubahan Prosedur Penggantian Pekerja Asing Berkuatkuasa 18 Disember Ini

Menurut Kementerian Sumber Manusia Рsetelah meneliti segala aduan dan pandangan  majikan terhadap prosedur penggantian pekerja asing (PGPA). Pihak kementerian telah bersetuju untuk melaksanakan perubahan pada ketetapan prosedur pengeluaran Surat Perakuan di Jabatan Tenaga Kerja.

Surat perakuan ini hanya berlandaskan kepada kewujudan dan kesahihan premis yang memohon PGPA sahaja. Ia tidak melibatkan bahagian perburuhan.

Untuk makluman, surat perakuan ini akan dikeluarkan dalam tempoh 48 jam atau lebih selepas daripada tarikh permohonan. Perubahan prosedur bagi permohonan PGPA ini akan berkuatkasa pada 18 Disember 2019.

Jabatan Tenaga Kerja akan menyemak tahap pematuhan undang-undang perburuhan. Sekiranya terdapat mana-mana majikan yang melanggar peraturan, tindakan sewajarnya akan diambil.

Prosedur ini hanya termaktub pada peringkat Jabatan Tenaga Kerja sahaja. Manakala, prosedur lain untuk Jabatan Imigresen Malaysia, One Stop Centre dan Kementerian Dalam Negeri masih lagi kekal.

Bagi hebahan perubahan prosedur PGPA ini, majikan boleh didapati pada laman web Jabatan Tenaga Kerja – jtksm.mohr.gov.my atau Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu – www.eppax.gov.my.