Artikel

CreditScore iMoney Menunjukkan Umur 30-39 Paling Tertinggi Dalam Pungutan Skor “Rendah” Kredit

Tinjauan CreditScore iMoney daripada sejumlah 5,774 pengguna platform ini telah menunjukkan purata peratusan skor kredit bagi bulan Jun 2019. Terdapat 3 tahap status skor kredit yang anda perlu ketahui iaitu – rendah, wajar, baik, dan kukuh.

  • Bilangan tertinggi dalam kategori skor Rendah adalah kumpulan umur 30 – 39 (47.5%, 320)
  • Kumpulan kedua pula dengan skor Rendah adalah kumpulan umur 25 – 29 (24.5%, 165)
  • Walaupun mempunyai tiga (3) atau lebih pinjaman peribadi, lebih daripada separuh responden (56.8%, 77) mempunyai skor yang Baik.
  • Walaupun mempunyai tiga (3) atau lebih kad kredit, 85.9% (1,561) responden mempunyai skor Baik kepada Kukuh  .
  • Jumlah kad kredit tidak memberi impak kepada skor kredit seseorang. Ini antara permasalahan individu sewaktu menguruskan kewangan peribadi mereka.

Untuk makluman anda juga, tinjauan mendapati

• 39% tidak mempunyai kad kredit
• 67.9% mempunyai satu kad kredit
• 80.0% mempunyai dua kad kredit
• 85.9% mempunyai tiga atau lebih kad kredit

39.3% daripada responden (2,286) memeriksa skor kredit mereka untuk mengetahui kelayakan mereka untuk kad kredit atau pinjaman mempunyai skor Rendah hingga Kukuh. Kumpulan ini mungkin tidak layak untuk pinjaman atau kad kredit kerana skor mereka yang lebih rendah.

Selain itu, laporan yang dikeluarkan oleh RAM Credit Information (RAMCI), turut menyatakan bahawa hanya 29% daripada rakyat Malaysia yang berumur 34 tahun ke bawah mempunyai profil kredit yang kukuh. Oleh itu, bagi mengetahui maklumat lanjut, anda kini boleh menyemak status kewangan anda secara percuma pada platform CreditScore iMoney.

Layari: Semakan Status Kewangan – CreditScore iMoney #JomSkor