Artikel

Kementerian Pengangkutan Sahkan MAVCOM Dibubar

Pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ini telah disahkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan.

Turut difahamkan, segala peranan MAVCOM ini akan dipindahkan dibawah penguasaan Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).

Inisiatif ini dilihat sebagai suatu langkah penguasaan kepada CAAM, dengan menyatukan kedua-dua pihak berkuasa secara tidak langsung ia akan mengawal aspek ekonomi dan teknikal industri penerbangan awam.

Meskipun masih tidak diketahui bagaimana struktur entiti bersepadu ini akan beroperasi kelak. Undang-undang perlu dipinda, dan pindaan tersebut perlu diluluskan melalui tindakan parlimen untuk melepaskan Mavcom.

Langkah sedemikian menimbulkan ketidakpastian berhubung rangka kerja asas aset (RAB) yang dikendalikan oleh Mavcom pada masa ini.

Suruhanjaya baru-baru ini mengumumkan bahawa ia berada di peringkat akhir untuk menyelesaikan rangka kerja RAB – yang menjadi asas pembiayaan dan membangunkan rangkaian lapangan terbang di negara ini.

Rangka kerja RAB telah menetapkan modal purata wajaran nominal sebelum cukai sebanyak 10.88%. Ini bermakna Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menghasilkan pulangan sebanyak 10.88% untuk pelaburan yang dibuat bagi meningkatkan dan mengembangkan kemudahan dan kapasitinya pada masa akan datang.

Dijangka RAB akan dilancarkan pada tahun 2020, dan telah mendorong minat pada saham MAHB sejak Jun.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke – mendedahkan bahawa kementerian sedang mencari alternatif, selain rangka kerja aset asas (RAB) yang dikawal selia, untuk pembangunan lapangan terbang domestik yang akan datang.

Inisiatif lain turut melibatkan beberapa perubahan perundangan seperti pemansuhan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] serta pindaan terhadap Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 [Akta 788]. Melalui pemansuhan Akta 771 ini secara tidak langsung ia akan membolehkan peranan MAVCOM kelak dipindahkan kepada CAAM.

Tindakan ini sekali gus memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan sektor penerbangan awam menjadi lebih baik dan efisien dari segi teknologi serta keselamatan. Perkara ini selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara pada 2019-2030.