Artikel

Bank Islam Jalani Penstrukturan Semula, Akan Disenarai Pada Bursa Menggantikan BIMB Holdings Bhd

BIMB Holdings Bhd mengumumkan penstrukturan semula bagi kumpulan syarikat itu.

Mereka akan memindahkan status penyenaraian yang dimilikinya kepada anak syarikat milik penuh mereka, Bank Islam Malaysia Bhd.

Melalui sebuah pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities Bhd, BIMB Holdings berkata cadangan penstrukturan itu akan melibatkan lima komponen penting.

Pertama, penempatan saham baharu akan dilakukan. Ini bertujuan untuk mengumpul dana bernilai RM800 juta. Dana ini akan digunakan untuk menyelesaikan baki penuhi sukuk yang dipegang oleh Lembaga Tabung Haji (LTH).

Kedua, sebuah Skim Pengaturan oleh BIMB Holdings akan dilakukan, untuk menyelesaikan waran yang belum lunas. Pemegang waran BIMB akan dibayar dalam bentuk pertimbangan tunai.

Ketiga, sebuah penyusunan dalam akan dilaksanakan. Perihal ini akan melupuskan kesemua pegangan ekuiti dalam anak syarikat dagangan saham dan pemajakannya kepada Bank Islam. Kesemua ini akan diselesaikan dalam tunai. Penilaian akan berdasarkan nilai aset bersih yang telah diaudit baharu.

Keempat, setelah memuktamadkan penempatan, SOA, dan Penyusunan Dalaman, kesemua pegangan saham BIMB Holdings di dalam Bank Islam dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd akan diagihkan melalui pengagihan-in-specie kepada kesemua pemegang saham BIMB Holdings.

Kelima, setelah muktamadnya pengagihan-in-specie ini, kesemua pemegang saham BIMB Holdings akan ada ekuiti secara lansung pada saham Bank Islam dan Syarikat Takaful Malaysia sebagaimana perkadaran pegangan saham mereka di BIMB Holdings. 

Status penyenaraian BIMB Holdings kemudian akan dipindahkan ke Bank Islam.

Menurut syarikat itu, Bank Islam akan seterusnya menjadi sebuah institusi kewangan Islam penuh dan tulen pertama tersenarai di rantau ini.

Langkah ini penting bagi BIMB Holdings untuk meningkatkan lagi reputasi korporat yang dimiliki.

Pada tahun 1992, Bank Islam buat pertama kalinya disenaraikan di Bursa Malaysia. Ini sebelum BIMB Holdings Bhd diwujudkan pada tahun 1997.

Susulan ini, pada tahun yang sama iaitu 1997, BIMB Holdings menggantikan Bank Islam sebagai syarikat pemegangan kumpulan itu.

Langkah itu sekali gus menjadikan BIMB Holdings sebagai jentera penyenaraian kumpulan ini.

Menurut BIMB Holdings, kedua-dua Bank Islam dan Syarikat Takaful Malaysia akan memberikan fokus terhadap kekuatan perniagaan masing-masing.

Langkah cadangan ini adalah tertakluk pada kelulusan dan kebenaran pihak berkuasa, termasuk Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan. 

Badan-badan lain, termasuk Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Securities, pemegang saham BIMB Holdings dan Bank Islam juga membuat pertimbangan terhadap cadangan penstrukturan semula ini.

BIMB Holdings tidak menyatakan bila tempoh penstrukturan ini akan diselesaikan.