Artikel

Digi Akan Mula Tawarkan Amazon Prime Video

Digi akan menawarkan khidmat penstriman Amazon Prime Video bermula sekarang.

Melalui sebuah laman web, tawaran perkhidmatan ini akan dilaksanakan melalui produk EasyAdd by Digi.

Yuran langganan bulanan adalah RM14 sebulan untuk enam bulan pertama. Setelha itu, harga akan meningkat kepada RM27 sebulan.

Digi juga membenarkan pengguna untuk mencuba secara percuma perkhidmatan Amazon Prime Video ini selama tujuh hari pertama.

Kandungan Amazon Prime Video sering kali memenangi anugerah cemerlang Emmy dan lain-lain lagi.

Selain itu, rancangan eksklusif yang diterbitkan Amazon juga akan ditawarkan melalui perkhidmatan penstriman ini.

Dengan adanya perkhidmatan Amazon Prime Video, ini bermakna pasaran semakin padat dengan tawaran penstriman video lain seperti Netflix, Apple TV+, Astro Go, iFlix, dan lain-lain lagi.

Buat masa ini, hanya Disney+ sahaja yang masih belum mengumumkan penglibatan mereka pada pasaran Asia.