Carsome telah raih pembiayaan-dana berjumlah RM208 juta (AS$ 50 juta) pada Siri C daripada pelabur dan bank global. Jumlah ini sekali gus dapat mengembangkan kepimpinan pasarannya di Asia Tenggara.
Antara pelabur yang turut terlibat sama adalah MUFG Jepun, Daiwa PI, Endeavor Catalyst, dan Ondine Capital. Ia juga termasuk penyertaan daripada pelabur sedia ada seperti Gobi Partners dan Ventures Convergence.
Pembiayaan baru ini akan mengukuhkan peneraju pasaran serantau dalam ekosistem perdagangan auto melalui perkongsian strategik yang menawarkan keseluruhan rangkaian perkhidmatan nilai tambah termasuk pinjaman kereta, pembiayaan peniaga, jaminan dan insurans.
Suntikan modal juga akan mempercepatkan lagi pelancaran jenama kepada pengguna Carsome bekerjasama dengan rangkaian peniaga menerusi pengurusan teknologi dan pengambilan kunci.
Pada bulan Mac 2018, sebelum pembiayaan Siri C, syarikat itu telah meraih AS$ 19 juta dalam pembiayaan Siri B. Berikutan Siri B, pusingan tambahan (sebelum ini tidak dinyatakan) AS$ 8 juta diperolehi pada Ogos 2018.
Untuk makluman pembaca, Carsome adalah platform dagangan kereta terkemuka di Asia Tenggara dan menerajui pasaran di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Lebih 40,000 kereta diuruskan pada setiap tahun; Carsome telah memperolehi lebih daripada AS$ 300 juta dalam nilai urus niaga sehingga kini.