Artikel

Berjaya Group Laksana Rundingan Awal Bagi Penjualan Perniagaan Antarabangsa Kenny Rogers

Berjaya Group Bhd kini sedang melakukan rundingan awal untuk melupuskan kepentingan besar dalam perniagaan Kenny Rogers International kepada pihak luar. 

Menurut sumber, rundingan tersebut masih berada di peringkat awal dan difahamkan rundingan ini meliputi jualan saham perniagaan Kenny Rogers kepada Filipina.

Kenny Rogers Roasters International Corp – memiliki hak francais di seluruh dunia untuk jenama Kenny Rogers Roasters – jenama ini diletakkan di bawah Berjaya Corp Bhd, Berjaya Group Bhd. 

Berjaya Group memperoleh francais di seluruh dunia selepas membeli KRR International Corp yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) pada April 2008.

Oleh sebab itu, Berjaya memiliki hak francais di seluruh dunia, nilai itu akan berdasarkan kepada nilai tanda-dagang berbanding nilai aset sebenar.

Berikutan perbincangan ini masih berada di peringkat awal, Berjaya Corp juga tidak menjelaskan amaun sebenar yang bakal diperolehi sekiranya penjualan kepentingan teersebut berlaku. 

Setakat 30 Jun tahun ini terdapat 183 cawangan Kenny Rogers Roasters di Malaysia, Filipina, Singapura, Emiriah Arab Bersatu, India, Thailand dan Kuwait.