Artikel

Penganalisis Saran Tesco Membayar Dividen Khas Untuk Keluar Dari Pasaran Asia

Setelah pihak Tesco mengesahkan untuk melakukan semakan semula terhadap strategik perniagaan di Thailand dan Malaysia, para pemerhati Tesco berpendapat situasi ini memiliki potensi kepada pemegang saham untuk memperolehi dividen khas.

Kenyataan ini disokong berdasarkan catatan nilai aset Asia boleh mencapai sehingga 9.5 bilion pound (AS$12.5 bilion). Nilai ini dilihat secara ekuitinya akan menyamai dividen khas sehingga 100 pence sesaham pada semakan nilai pendapatan.

Ini antara yang diperkatakan oleh para penganalisis:

Bruno Monteyne – Bernstein mengatakan tindakan kajian semula terhadap operasi perniagaan Tesco di Malaysia dan Thailand ini adalah relevan. Di mana kesan yang diterima adalah para peniaga UK – mereka tidak memperoleh sebarang kredit untuk perniagaan yang berkualiti. Manakala, operasi di Thailand pula dikatakan memiliki penilaian yang sangat rendah.

Bruno mengatakan penilaian pada perniagaan Tesco di Asia boleh mencapai sekitar  £ 6.5 bilion dan £ 7.2 bilion.

Nick Coulter – Citigroup pula mengatakan pengesahan daripada Tesco ini secara tidak langsung mampu meningkatkan potensi untuk lelongan yang lebih kompetatif. Nick menganggarkan penilaian bagi aset Asia ini adalah berjumlah sekitar 7.9 bilion pound hingga 9.5 billion pound. Sekiranya semua hasil itu dikembalikan kepada pemegang saham sebagai dividen khas, ini boleh menyamai antara 80 pence dan 100 pence saham, pemfaktualan dalam revisi perolehan sebanyak 18% sesaham, sasaran harga 290 pence.

James Grzinnic – Jefferies berpendapat Tesco memiliki peluang yang baik untuk keluar daripada pasaran Asia, memandangkan terdapat minat dari pembeli yang berpotensi. Pemegang saham seharusnya mengharapkan pengagihan tunai yang besar berikutan penjualan aset akan dijalankan. Sasaran harga perlu dinaikkan kepada 310 pence dari 285 pence, penarafan beli ini perlu diulangi.

Clive Black – Shore pula menyifatkan tindakan Tesco ini berkemungkinan menghasilkan pengagihan manfaat kepada para pemegang saham, namun ia juga secara tidak langsung akan menyingkirkan pertumbuhan utama bagi perniagaan Tesco.

Saham pelabur UK dkatakan telah naik sebanyak 5.9%, mengetuai Indeks Runcit Stoxx 600 yang lebih tinggi. Saham Tesco pula naik sebanyak 28% bagi tahun ini pada pasaran London, ia mengatasi rakan persaingannya iaitu pasar raya J Sainsbury dan Wm Morrison Supermarkets.