Artikel

Kaspersky Laksana Penjenamaan Semula Bagi Perniagaan Asia Pasifik

Syarikat sekuriti siber terkenal dunia, Kaspersky telah menjenama semula syarikat mereka.

Mulai sekarang, syarikat ini hanya akan dikenali sebagai ‘kaspersky’ dan beralih dari kenalan sebelum ini iaitu ‘Kaspersky Lab’. 

Tujuan syarikat ini menjenamakan semula diri mereka adalah untuk memberi isyarat jelas kepada pasaran bahawa mereka bukan hanya berada dalam industri anti-virus, sebaliknya mereka berada dalam industri sekuriti siber yang memberikan perlindungan penuh dalam sektor ini.

Logo baharu, yang lebih mesra pengguna, warna yang lebih lembut, dan penggunaan nama yang lebih jelas, memberikan gambaran baik bahawa ia terus mesra-pengguna.

Kaspersky telah menawarkan solusi sekuriti sepenuhnya kepada pengguna selama lebih dua puluh tahun. 

Disebabkan dunia menjadi lebih berhubung kerana pembaikan komunikasi seperti 4G yang pantas, dan kedatangan 5G dalam jangka masa terdekat, pengguna harus lebih peka dalam menangani isu sekuriti siber dengan lebih baik.

Disebabkan itu, Kaspersky kini akan menyelaraskan usaha mereka untuk menjadi lebih mesra pengguna dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pasaran.