Artikel

RHB IB: Ringgit Kukuh Ke Arah 4.00 Berbanding USD

RHB Investment Bank Bhd menjangkakan nilai ringgit (RM) lebih kukuh ke arah 4.00 berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) menjelang akhir tahun 2020.

Menurut laporan theedgemarkets, RHB beranggapan rizab petukaran asing Malaysia (FX) masih kekal tidak berubah pada AS$ 103.2 bilion pada 29 November.

Ringgit kekal stabil pada RM4.18 untuk bulan November berbanding bulan sebelumnya. 

Kedudukan ini kerana pasaran mengimbangi pertumbuhan lemah dengan prospek persaingan yang lebih optimis.

Kenyataan ini disokong berikutan kelemahan pada ekonomi AS – yang sedang mengalami perang perdagangan bersama China serta pemotongan cukai korporat. Secara tidak langsung  ia menyebabkan Fed AS lebih mudah untuk melemah nilai USD.