Artikel

AirAsia Jangka Sumbangan 60% Pada Perniagaan Bukan-Penerbangan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes – kumpulannya menjangkakan perniagaan bukan penerbangannya menyumbang 60% kepada pendapatan daripada 20% dalam tempoh lima tahun akan datang.

Berdasarkan laporan Bernama, pihak AirAsia kini memberi tumpuan kepada peniagaan bukan penerbangan. Di mana secara terus pihaknya berkemampuan untuk tampil sebagai peneraju perniagaan gaya hidup digital global pada pasaran.

Seperti yang umum ketahui, dibawah induk AirAsia mereka memiliki pelbagai variasi perniagaan – antaranya seperti Santan – industri makanan dan minuman serta diikuti dengan pelancaran label rekod mereka iaitu, RedRecords.

Strategi mempelbagaikan perniagaan AirAsia ini adalah salah satu tindakan untuk mereka membawa kelainan pada jenama AirAsia sendiri.

Kenyataan ini diumumkan pada acara usahasama kumpulan dengan Universal Music Group untuk menubuhkan RedRecords.