Artikel

Grab Lancar GrabPay Card, Inisiatif Ini Memanfaatkan Ekonomi Digital Asia

Grab pada hari Khamis telah melancarkan GrabPay Card, platform kad ini akan membolehkan operasi pembayaran tanpa sempadan untuk kelas pertengahan meningkat pada pasaran. 

Menurut laporan The Business Times, pelancaran GrabPay Card ini membolehkan pengguna membelanjakan dari dompet digitl GrabPay pada kad. Ciri ini akan tersedia di Singapura untuk permohonan bermula semalam.

Ia akan dilancarkan di Filipina pada suku pertama tahun hadapan, bersama dengan dua pasaran lain di Asia, kata Ooi Huey Tyng, Pengarah Urusan GrabPay.

Menerusi perkongsian Mastercard, pengguna GrabPay Card dapat mengakses kad tersebut kepada 53 juta peniaga di seluruh dunia.

Adanya pertumbuhan yang baik pada sistem nirtunai, Grab berharap ciri ini dapat membawa lebih banyak kemasukan kewangan kepada pasaran setempat.

“Ini menjadikan pasaran Asia Tenggara satu langkah ke hadapan, dan memberi pengguna peluang untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital,” kata Ooi lagi.

Walaupun Singapura adalah pasaran yang sangat luas, Ooi menyatakan bahawa pengguna masih lagi menggunakan pembayaran secara wang tunai, dan masih ramai yang tidak melakukan peralihan, bagi pembayaran secara nirtunai.

Menurut Rama Sridhar, Timbalan Ketua Eksekutif Mastercard – GrabPay Card tidak memiliki cetakan nombor pada kadnya. Ciri ini dilakukan atas faktor perlindungan kepada pengguna daripada sebarang penipuan. Ciri ini juga secara tidak langsung dapat membendung kegusaran pengguna untuk menggunakan sistem kewangan berasaskan nirtunai.

Pertumbuhan rantau Asia Tenggara dilihat lebih kritis kepada Mastercard.

Menurut terma dan syarat semasa GrabPay Card, yuran transaksi mata wang asing adalah sebanyak 2%, dan pengeluaran ATM di luar negara dikenakan caj sebanyak AS$5.

Dalam tempoh enam bulan yang lalu, jumlah pembayaran GrabPay telah melebihi dua kali ganda, sementara bilangan pengguna bulanan aktifnya meningkat sebanyak 65%. Untuk memastikan, pengguna aktif bulanan merujuk kepada mereka yang menggunakan GrabPay sebulan sekali. Walau bagaimanapun, Ooi masih enggan mendedahkan angka yang tepat.

Malah, berdasarkan pemerhatian ekonomi digital oleh Google, Temasek Holdings dan Bain & Company pada Oktober telah menyatakan – pasaran pembayaran nirtunai di Asia Tenggara ditetapkan untuk mendorong ekonomi digital ke pasaran AS dengan sasaran AS$ 300 bilion menjelang 2025.