Artikel

Aerodyne Umum Peroleh Kepentingan Pada Perkhidmatan Measure UAS Inc

Aerodyne Malaysia hari ini telah mengumumkan pemerolehan kepentingan pengawalseliaan pada perniagaan perkhidmatan Measure UAS, Inc, iaitu sebuah syarikat kepintaran udara terkemuka di Amerika Syarikat. 

Sebuah entiti perniagaan baharu, Aerodyne Measure Inc, telah dibentuk untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan perusahaan di Amerika Utara.

Aerodyne Measure menggabungkan kepakaran dua pemimpin dalam industri perkhidmatan dron global. Measure telah menjalankan beribu operasi komersil untuk beberapa buah syarikat terbesar di Amerika Utara, sementara Aerodyne pula menguruskan lebih dari 400,000 aset infrastruktur dengan 80,000 operasi penerbangan di 25 buah negara.  

Pengasas Aerodyne dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kamarul A Muhamed mengatakan langkah ini telah mewujudkan prestasi yang berkualiti untuk perkhidmatan pelanggan. Perkongsian ini adalah langkah yang tepat untuk meletakkan mereka pada fasa pertumbuhan yang baik.

Aerodyne Measure akan menyediakan pemeriksaan udara premium dan pemeriksaan di dalam utiliti tenaga, tenaga boleh diperbaharui, sektor minyak dan gas, jalan raya, jambatan dan pelabuhan. Menerusi penggunaan penyelesaian Aerodyne Vertikaliti, iaitu berasaskan awanan penyelesaian akhir pengurusan aset. 

Pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada strategi pengembangan agresif Aerodyne untuk menjadi penyedia penyelesaian berasaskan dron nombor satu di dunia. Brandon Torres Declet juga menyertai pasukan kepimpinan global Aerodyne, dia memiliki pengalaman dan kepakaran yang tidak ternilai.

Kamarul turut mengatakan pihaknya berbangga untuk mengalu-alukan perkhidmatan dron Measure ke dalam Aerodyne. Ini bukan hanya membuktikan keupayaan mereka tetapi turut merealisasikan impian untuk mengubah Aerodyne, menjadi sebuah jenama Malaysia yang benar-benar global dan berkembang luas.