Artikel

TIME, Facebook Berkerjasama Meningkatkan Rangkaian Antarabangsa Malaysia Dengan Sokongan Kerajaan

TIME dotCom Berhad telah mengadakan kerjasama dengan Facebook untuk melabur dalam infrastruktur internet. Kerjasama ini membuka peluang Malaysia kepada lebih banyak sambungan hub antarabangsa; serta mengukuhkan hubungan di Asia Tenggara. 

Projek infrastruktur rangkaian ini dijangka siap menjelang akhir suku kedua 2020 dan akan digunakan secara eksklusif untuk menyokong Facebook dan aplikasinya.

Kedudukan strategik Malaysia di tengah-tengah Asia Tenggara dan kedudukan sebagai pintu masuk Timur-Barat menjadikannya destinasi yang menarik untuk pelaburan asing dalam infrastruktur Internet, secara tidak langsung ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

“Misi Facebook adalah untuk memberikan pengguna kelebihan dalam membina komuniti sendiri dan membawa dunia lebih. Perkongsian ini juga akan membolehkan kami membina rangkaian yang lebih cepat dan lebih cekap untuk menyokong aplikasi dan perkhidmatan kami, “kata Nico Roehrich, Pengurus Pelaburan Rangkaian Facebook, APAC.

Selaku rakan kongsi, kerjasama ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kredibiliti dan kedudukan TIME sebagai pemimpin industri serta dapat menyumbang kepada Malaysia.

“Kami mengalu-alukan prospek yang ditawarkan bagi kerjasama ini, kerana ia membuka peluang kepada Malaysia untuk menempatkan kedudukan sebagai hub teknologi serantau,” kata Chiew Kok Hin , Ketua OTT TIME.

“Lebih banyak sambungan antarabangsa dan kerjasama domestik yang mantap akan menarik pelaburan besar ke industri Malaysia. Di mana kemudahan akses dan kos kemasukan yang jauh lebih rendah.” tambahnya lagi.

Kerajaan Malaysia sentiasa mengkaji dasar, undang-undang dan peraturan untuk menyesuaikan diri dengan landskap pasaran global yang pantas berubah. Misalnya, Kementerian Pengangkutan telah mempermudahkan kelulusan pengawalseliaan dengan menyemak semula dasar cabotage sedia ada supaya kapal-kapal tempatan dan negara asing dapat menjalankan pembaikan kabel bawah laut di perairan Malaysia tanpa sebarang masalah.

“Usaha sama antara Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah sejajar dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk menggalakkan pelaburan dalam kabel dasar laut dan menggalakkan penempatan pendaratan pusat-pusat di Malaysia,” kata Menteri SKMM, Gobind Singh Deo.

Gobind turut menyatakan inisiatif kabel dasar laut dan proses kelulusan pembaikan kabel yang lebih cepat ini, faedahnya apabila rakyat Malaysia boleh menikmati akses Internet yang lebih cepat dan lebih dipercayai ke laman web antarabangsa.

Bekerjasama rapat dengan industri, kerajaan telah mengambil langkah-langkah penting untuk meningkatkan daya saing Malaysia kepada gergasi teknologi global seperti Facebook, Google, Amazon, Microsoft, Apple, Alibaba dan Tencent. Di samping menjadi pelabur kabel bawah laut, syarikat-syarikat ini juga pembina pusat data berskala tinggi di seluruh dunia.