Artikel

MED Perolehi 20% Peruntukan Tambahan Buat Usahawan Tempatan

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof – pihaknya telah menerima peruntukan tambahan 20% daripada jumlah Belanajwan 2020.

Peruntukan ini mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tujuan peruntukan tambahan ini adalah untuk memperkemaskan lagi kemahiran serta prestasi usahawan tempatan pada pelbagai industri.

Pengagihan peruntukan ini akan diberikan kepada agensi-agensi yang terlibat.

Kenyataan ini dinyatakan pada acara Majlis Sambutan Tekun Nasional kali ke 20, semalam.

Pada acara yang sama, difahamkan Tekun Nasional telah menyalurkan lebih RM5.67 bilion kepada 438,000 usahawan bagi membantu pelaksanaan operasi mereka.