Pelancaran Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik Ke-30 (APEC 2020) telah dilansungkan di Cyberjaya hari ini.
Kerajaan Malaysia akan menggunakan tema Kemakmuran Bersama untuk menjadi landasan perbincangan apabila Malaysia menjadi tuan rumah kepada perjumpaan APEC tahun hadapan.
Menerusi tema ‘Mengoptimum Potensi Manusia menuju Masa Hadapan Kemakmuran Bersama’, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kini tiba masa bagi 21 anggota kerjasama ekonomi itu mempertimbang untuk mengangkat falsafah itu dan melaksanakannya dalam model ekonomi ketika ini.
Beliau berkata isu untuk memperbaiki taraf hidup rakyat secara keseluruhan dan memastikan kehidupan rakyat yang lebih baik akan menjadikan APEC lebih mapan dan relevan.
Beliau turut mengatakan bahawa ini penting untuk menjadikan isu ini sebagai sebuah kesatuan untuk tempoh yang panjang.
Malaysia selaku tuan rumah kepada APEC 2020 memberi jaminan akan meneruskan usaha pembangunan ekonomi wanita, keterangkuman kewangan, penglibatan belia, pembangunan mapan serta mewujudkan suasana kondusif kepada usahawan, syarikat permulaan dan keusahawanan sosial.
Sewaktu pelancaran, kerajaan akan memastikan Malaysia mendokong konsep Kemakmuran Bersama menjana visi dan falsafah dalam setiap pelaksanaan APEC menuju pasca Matlamat Bogor.
Majlis yang turut disaksikan oleh perwakilan asing anggota APEC dan menteri-menteri Kabinet turut menyaksikan pelancaran logo #MyAPEC2020 – iaitu bunga kebangsaan yang mengandungi 21 kelopak menggambarkan anggota ekonomi APEC.
21 anggota APEC adalah Amerika Syarikat, Brunei, Kanada, China, Chile, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Chinese Teipei, Thailand, dan Vietnam.
Ketua-ketua kerajaan negara-negara ini dijangka akan hadir. Ini termasuk Presiden AS Donald Trump, Presiden Rusia Vladimir Putin, dan Presiden China Xi Jinping.
Selain itu, pelbagai mesyuarat APEC akan berlansung sepanjang tahun 2020 di Malaysia.
Sidang kemuncak APEC pula dijadualkan akan diadakan pada bulan November 2020 di Kuala Lumpur.