Apple Jewel Changi Airport membuka pintu kepada pelanggan semalam.
Antara tujuan Apple meneruskan usaha untuk membuka lebih banyak Apple Store di rantau ini adalah untuk mengembangkan operasi jualan mereka pada peringkat yang lebih besar.
Sehingga kini, Apple hanya memperolehi sebanyak 10% jumlah jualan dunia menerusi pasaran Asia (selain Jepun dan China).
Motif perniagaan terbesar dalam jangka masa terdekat ini adalah untuk meneruskan inisiatif bagi mendapatkan lebih ramai lagi pelanggan di rantau ini. Malah ternyata Apple berpendapat pasaran Singapura mampu membantu mereka bagi melaksanakan visi ini.
Jewel Changi adalah satu tarikan terbaharu bagi lapangan terbang Singapura. Melalui kewujudan Apple Store, penjenamaan dari syarikat ini mungkin boleh membantu kedua-dua pihak dalam usaha untuk mempelbagaikan promosi tarikan kepada Singapura secara amnya.