Google Malaysia mengesahkan bahawa cukai digital sebanyak 6% akan dikenakan kepada pengguna.

Perkhidmatan seperti YouTube Premium, YouTube Music, Google Play, dan sebagainya akan dikenakan cukai digital 6% ini, sejajar dengan arahan kerajaan Malaysia untuk memulakan percukaian digital mulai 1 Januari 2020.

Perkhidmatan G Suite, sebuah rangkaian perkhidmatan bayaran yang Google tawarkan kepada pengguna akan dikenakan cukai digital ini.

Jurucakap Google berkata bahawa mereka akan mengumumkan harga-harga baharu bagi perkhidmatan mereka pada masa yang sesuai.

Berita Hari Ini

No article found.