Bahagian penyelidikan CGS-CIMB melaporkan bahawa sebanyak 44% syarikat yang dibawah pengawasan mereka, tidak menepati sasaran kewangan suku ketiga tahun ini.

Ini lebih tinggi berbanding suku-suku sebelum ini, dimana 38% syarikat tidak menepati sasaran pada suku ketiga 2018, dan 40% pada suku kedua 2019.

Hasil KLCI dipotong -7% untuk tahun 2019.

Sasaran KLCI adalah 1,583 mata.

Tiga saham yang terpilih oleh CGS-CIMB adalah Pentamaster Corp Berhad, Tenaga Nasional, dan Yinson Holdings Bhd.

CGS-CIMB mengatakan bahawa disebabkan banyak syarikat tidak menepati sasaran, mereka khuatir Malaysia mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Sebanyak 133 syarikat diawasi oleh CGS-CIMB.

Enam sektor berada di bawah paras memuaskan, iaitu sektor automotif, konstruksi, perkhidmatan, perkapalan, teknologi, dan perjudian. 

Disebabkan ini, CGS-CIMB memberikan kata putus bahawa suku keempat untuk tahun ini dijangka lebih goyah dan pelabur dinasihatkan untuk mengawasi perkembangan terkini keadaan serantau dan domestik.

Berita Hari Ini

No article found.