Tourplus Technology Sdn Bhd, platform pelancongan dalam talian Malaysia telah mengumumkan prolehan pelaburan sebanyak RM1.6 juta (AS$400 ribu) oleh SOSV Chinaccelerator dan pelabur swasta China.
Turut difahamkan pembiayaan ini akan disalurkan pada Touplus untuk mengembangkan operasinya pada pasaran China.
Sehingga kini, Tourplus telah berjaya memperolehi 2 juta pelancong bagi pasaran China dan menyasarkan untuk memiliki sekurangnya-kurang 3 juta pelawat dari pelancong Asia untuk laman web mereka.
Oleh itu, tumpuan utama mereka adalah untuk membawa pelancong China ke Malaysia, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Inisiaitif ini dilihat ini mendapat sokongan baik daripada kerajaan Malaysia.
Tourplus juga turut menyediakan perkhidmatan seperti pengangkutan ke lapangan terbang dan lawatan harian. Pelanggan boleh menempah pakej perkhidmatan tersebut mengikut kesesuaian hari dan mengikut harga yang ditetapkan.
Rickson Goh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Tourplus menyifatkan pelaksanaan kerjasama ini mampu menghasilkan kepentingan yang baik buat semua pihak, sama ada perniagaan dan kebaikan ekonomi negara.