Artikel

Jabatan Audit Negara – 113 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Telah Diaudit

Menurut Jabatan Audit Negara (JAN), pihaknya telah mengaudit 113 penyata kewangan agensi Persekutuan bagi tahun kewangan 2018.

12 pengauditan prestasi telah dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan 21 di peringkat negeri merangkumi pelbagai bidang, antaranya pengurusan program, aktiviti, pembinaan, naik taraf, penyenggaraan dan pengurusan hasil.

Manakala pengauditan pengurusan syarikat pula, tujuh syarikat kerajaan telah lalui proses pengauditan dan sembilan syarikat melaksanakan pengauditan pada peringkat negeri. 

Pelaksanaan ini merangkumi aspek pengurusan korporat, pengurusan aktiviti dan kedudukan kewangan syarikat terbabit.

Seterusnya untuk tindakan selanjutnya pada penambahbaikan, JAN mengemukakan 57 syor terhadap aktiviti kementerian, jabatan dan badan berkanun Persekutuan, 43 syor terhadap pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan serta 132 syor terhadap pengurusan aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Berikutan itu, ini adalah status 113 penyata kewangan agensi Persekutuan yang telah diaudit: 

  • 99 penyata kewangan diberi pendapat tanpa teguran
  • 6 penyata kewangan diberi pendapat tanpa teguran dengan EOM – emphasis of matter
  • 8 penyata kewangan diberi pendapat berteguran
  • 35 penyata kewangan masih disemak¬†
  • 2 penyata kewangan masih belum diterima