BIMB Holdings Berhad, mencatatkan peningkatan Keuntungan Sebelum Zakat dan Cukai (PBZT) sebanyak 16.2% atau RM938.4 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2019 (9M19), berbanding RM807.3 juta pada tempoh sama tahun 2018.
Pendapatan sesaham bagi tempoh sembilan bulan adalah 34.50 sen berbanding 30.84 sen bagi tempoh sama tahun lalu manakala Aset Bersih Sesaham mengukuh kepada RM3.41 setakat akhir September 2019, daripada RM2.97 pada akhir Disember 2019.
Ini diterjemahkan kepada Pulangan Ekuiti Bersih Tahunan sebanyak 15.7%, mengatasi rakan-rakan industri yang lain.
Kumpulan Bank Islam merekodkan PBZT sebanyak RM646.2 juta bagi tempoh 9M19, mewakili peningkatan sebanyak 3.3% atau RM20.5 juta berbanding tempoh sembilan bulan yang sama pada tahun 2018.
Sehingga akhir September 2019, akaun deposit dan pelaburan (IA) pelanggan berada pada RM56.0 bilion dengan peningkatan sebanyak RM5.7 bilion atau 11.3%. Nisbah Akaun Semasa dan Simpanan (CASA) dan IA Transaksi adalah 31.2%.
Bagi tempoh 9M19, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatatkan PBZT sebanyak RM332.2 juta, meningkat 41.8% berbanding RM234.2 juta pada tempoh sama tahun 2018.
Keuntungan yang lebih tinggi itu disumbangkan oleh pendapatan fi wakalah bersih lebih tinggi susulan pertumbuhan dalam perniagaan Takaful Keluarga serta pendapatan pelaburan bersih yang lebih tinggi.