Artikel

SC: Caring Pharmacy, AirAsia Group – Antara Syarikat Baharu Diumumkan Sebagai Sekuriti Patuh Syariah

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah (SAC).

Antara syarikat-syarikat baharu yang diumumkan sebagai termasuk Caring Pharmacy dan juga AirAsia Group Berhad.

Senarai yang telah dikemas kini tersebut, yang berkuat kuasa mulai 29 November 2019, mengandungi 696 sekuriti patuh Syariah. 

Sekuriti-sekuriti ini merangkumi 77 peratus daripada sejumlah 900 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.

Senarai tersebut termasuk 38 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah dan mengeluarkan 29 sekuriti daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada Mei 2019.

Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun berpandukan penyata kewangan tahunan teraudit syarikat terkini, boleh didapati di laman sesawang SC di www.sc.com.my. 

Senarai kemas kini seterusnya akan diterbitkan pada Mei 2020, berdasarkan penyata kewangan teraudit yang dikeluarkan sehingga 31 Mac 2020.