Harga RON95 akan dinaikkan sebanyak satu atau dua sen setiap minggu bermula 2020.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, ia akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) bermula.
Harga RON95 di Sabah dan Sarawak kekal RM2.08 seliter.
Chong berkata pengawasan kenaikan harga berdasarkan Akta Kawalan Harga 1946 dan akan digunakan ke mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadap pengguna.
Kerajaan tidak mengatakan apa julat harga pasaran bagi RON95.
Setakat 27 November 2019, harga WTI Mentah adalah AS$58.42 setong, manakala harga Brent Crude AS$63.30 setong.
Harga paling tinggi Brent Crude pernah capai bagi tahun 2019 adalah sekitar AS$74 setong pada bulan April 2019, manakala harga paling rendah pernah dicapai tahun ini adalah sekitar AS$50 setong pada bulan Januari 2019.