Petronas dilaporkan enggan mengambil bahagian dalam pembelian saham Aramco.
Perkara ini dilaporkan di beberapa akhbar, termasuk The Wall Street Journal.
Petronas mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa “kami ingin mengesahkan bahawa kami tidak akan mengambil bahagian dalam IPO Aramco”.
IPO, atau Initial Public Offering (Tawaran Awam Awal) merupakan cara sesebuah syarikat ingin menjual sahamnya kepada pihak awam buat pertama kali sebelum disenarai di mana-mana bursa saham.
Saudi Aramco, melalui terma syarat yang dilaporkan media sebelum ini, akan menjadi IPO terbesar di dunia dengan anggaran tawaran IPO sebanyak AS$150 bilion untuk 1.5 % jumlah saham, menjadikan nilai syarikat itu diantara AS$1.6 dan AS$1.7 trilion. Ini adalah bawah paras yang diinginkan oleh pihak Saudi, iaitu meletakkan nilai Aramco di atas paras AS$2 trilion.
Ini menjadikan IPO Aramco sebuah IPO terbesar di dunia.
Namun demikian, tiada sebab yang diberikan atas mengapa Petronas enggan mengambil bahagian dalam IPO ini.
Kedua syarikat ini berada dalam sebuah usaha-sama (JV) untuk membina RM100 bilion (AS$27 bilion) kilang penapisan petrokimia berintegrasi di Pengerang Johor.