Artikel

AirAsia, AirAsia X Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik

Syarikat penerbangan tambah murah – AirAsia dan AirAsia X telah dinamakan sebagai syarikat terbaik bagi kategori Asia Pasifik oleh AirlineRatings.com.

Bagi kategori utama, Air New Zealand dinamakan sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia bagi tahun 2020.

AirlineRatings.com, satu-satunya laman web penarafan keselamatan dan produk di dunia telah mengumumkan Air New Zealand sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik mereka untuk Tahun 2020.

Air New Zealand telah dipilih untuk kali keenam kerana prestasi mereka yang telah memecahkan rekod, pelbagai inovasi dalam penerbangan yang telah memenangi anugerah, keselamatan operasi, kepimpinan alam sekitar dan motivasi bagi kakitangan mereka. Faktor-faktor ini telah membuktikan penerbangan itu sebagai sebuah pemimpin industri yang mampu memberi inspirasi..

Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan oleh AirlineRatings.com, telah diadili oleh tujuh editor yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman industri, dengan menggabungkan audit keselamatan utama dan kerajaan, dengan 12 kriteria utama yang termasuk: ulasan penumpang, keuntungan, penarafan pelaburan, penawaran produk dan hubungan kakitangan.

Ketua Pengarang www.AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata: “Dalam analisis kami Air New Zealand telah menduduki nombor satu di dalam kebanyakan kriteria audit kami, yang merupakan satu prestasi yang luar biasa apabila ia dibandingkan dengan syarikat-syarikat penerbangan yang mempunyai lebih banyak sumber dan skala.

“Komitmen Air New Zealand terhadap kecemerlangan dalam semua aspek perniagaan mereka bermula di peringkat paling atas dengan tadbir urus yang cemerlang dan satu daripada pasukan eksekutif yang terbaik di dalam penerbangan sehingga kepada sebuah tenaga kerja yang menyampaikan secara konsisten kepada strategi dan janji pelanggan bagi syarikat penerbangan itu,” kata Thomas.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Jeff McDowell berkata memenangi anugerah itu untuk rekod kali keenam adalah satu bukti mengenai usaha 12,500 kakitangan syarikat penerbangan itu yang memberi tumpuan kepada menyampaikan satu pengalaman Kiwi yang unik yang bertaraf dunia kepada pelanggan mereka pada setiap hari.

Air New Zealand juga memenangi Ekonomi Premium Terbaik, manakala Singapore Airlines memenangi Kelas Pertama Terbaik dan Qatar Airways meraih Katering Terbaik dan Kelas Perniagaan Terbaik.

Qantas, telah memenangi Perkhidmatan Syarikat Penerbangan Domestik Terbaik dan Ruang Istirahat Terbaik.

Virgin Australia pula telah memenangi Krew Kabin Terbaik dan Kelas Ekonomi Terbaik, Emirates; Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik, Cebu Pacific; Syarikat penerbangan yang Paling Meningkat, manakala VietJet Air; Syarikat Penerbangan Tambang Ultra Rendah Terbaik.

Kecemerlangan dalam Perjalanan yang Jauh: Delta Air Lines (America), Lufthansa (Eropah), Emirates (Tengah Timur /Afrika) Cathay Pacific Airways (Asia).

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik; JetBlue (America), Wizz (Eropah) Air Arabia, (Timur Tengah /Afrika) dan AirAsia / AirAsia X (Asia /Pasifik).

AirlineRatings.com juga menamakan Dua Puluh Syarikat Penerbangan Utama mereka:

Antaranya adalah Air New Zealand, Singapore Airlines, All Nippon Airways, Qantas, Cathay Pacific, Emirates, Virgin Atlantic, EVA Air, Qatar Airways, Virgin Australia, Lufthansa, Finnair, Japan Airlines, KLM, Korean Airlines, Hawaiian Airlines, British Airways, Alaska Airlines, Delta Air Lines dan Etihad Airways.