Artikel

Malaysia Relaunch: Luno Tawar Akses Pengurusan Aset Digital Kripto Kepada Pengguna

Luno – platform pertukaran mata wang kripto telah melancarkan semula platform mereka di Malaysia pada hari ini. 

Lebih menarik acara pelancaran ini turut dirasmikan bersama sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Untuk makluman pengguna, Luno kini memiliki kelulusan penuh daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia bagi memulakan operasi tawaran aset mata wang kripto kepada warga tempatan.

Menurut Marcus Swanepoel, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Luno mengatakan perubahan pada penggunaan wang kripto tidak akan berlaku dalam sekelip mata, ia memerlukan suatu tempoh jangka panjang untuk masyarakat Malaysia adaptasi aset digital baharu ini.

Meskipun beliau menjangkakan tempoh perubahan ini akan mengambil masa yang lama, Luno telah mencatatkan lebih daripada RM2.5 juta aset digital telah mula didagangkan selepas pelancaran semula mereka pada akhir Oktober lalu.

Marcus turut beranggapan pasaran Malaysia sentiasa berada dihadapan apabila melibatkan sistem kewangan khususnya aset digital seperti kripto. Luno turut memberi jaminan keselamatan pada setiap penyimpanan aset digital pelanggan seperti Bitcoin, Ethereum. Adanya kerjasama pihak SC, nilai aset kripto ini akan terus meningkat Dan berkembang.