Artikel

Keuntungan Bersih IOI Properties Catat Peningkatan RM24.68 Juta Berbanding Tahun Lalu

Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd catat  RM136.64 juta pada suku pertama yang berakhir pada 30 September 2019. 

Catatan tersebut dilihat meningkat berbanding tahun lalu RM111.96 juta.

Namun begitu, angka perolehan dilihat susut kepada RM540.32 juta berbanding RM552.81 juta.

Catatan tersebut disebabkan sumbangan yang lebih rendah daripada segmen pembangunan hartanah.

Menurut makluman Bursa Malaysia, perolehan bagi segmen pembangunan hartanahnya sedikit merosot empat peratus kepada RM398.9 juta pada suku pertama 2019.

Perihal ini disebabkan susulan baki unit yang masih rendah untuk dijual pada operasi Singapura Dan Johor. 

Dijangka IOI Properties Group akan memberi tumpuan kepada segmen rumah mampu milik untuk operasi di Malaysia dan kekal optimis terhadap prospek projeknya di China.