Malaysia telah mengadakan lawatan ke fasiliti pertahanan dan aeroangkasa di Korea Aerospace Industries (KAI).
Menurut Tun Dr Mahathir, Malaysia berminat untuk mengetahui lanjut berkenaan kemajuan serta pembangunan industri aeroangkasa Korea Selatan.
Tun telah mengadakan pertemuan bersama para pegawai tertinggi dan kemudiannya melawat fasiliti tersebut di mana beliau diberikan taklimat mengenai pesawat tempur ringan (LCA) KAI FA-50 Fighting Eagle.
Menerusi pelaporan Bernama, Malaysia ketika ini sedang menimbang pilihannya bagi LCA dan dijangka secara rasmi melancarkan usaha pemerolehan untuk bergerak seiring dengan kemajuan dan teknologi canggih.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang untuk mendapatkan 36 LCA dengan pilihan bagi 26 lagi bagi melengkapkan kumpulan pesawat pejuang Hawks, Sukhoi SU-30MKM dan FA-18D Hornets yang ada sekarang.
Dijangka keputusan kelulusan kerajaan akan diketahui pada suku pertama 2020.