Menerusi acara Persidangan Kesejahteraan Sosial 2019, Perdana Menteri Malaysia – Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan pelaksanaan segmen Malaysia@Work.
Menurut beliau, platform ini bertujuan untuk membantu para graduan dari segi peluang pekerjaan.
Di mana sebanyak RM6.5 bilion peruntukan akan disalurkan pada platform bagi mewujudkan peluang pekerjaan sepanjang tempoh 5 tahun akan datang.
Beliau turut mengatakan, program ini memiliki pelbagai impak untuk jangka panjang – iaitu ruang pekerjaan dapat diwujudkan, peluang belajar, serta dapat mewujudkan hubungan yang memerlukan kolaborasi antara individu.
Tambah Tun lagi, sekiranya proses pelaksanaan ini berjalan dengan lancar – Malaysia@Work akan menjadi jawapan untuk memacu kemajuan mampan dan kesejahteraan sosial yang menyeluruh untuk seluruh rakyat negara.